Pelupusan Mercun | Pelupusan libatkan nilai RM4.1 juta

2022-04-26 0

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai memaklumkan bahawa 1,059 kotak dan 35 guni mengandungi mercun serta bunga api bernilai RM4.1 juta yang diseludup masuk ke dalam negara untuk pasaran pada aidilfitri dilupuskan pada hari ini.

Ia melibatkan rampasan yang dibuat cawangan perisikan siasatan khas Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) bukit aman dan unit d9 jabatan siasatan jenayah (JSJ) bukit aman hasil serbuan di dua lokasi di Kepong pada 24 Mac lalu.